Tuesday, February 15, 2011

Mashed Potato ala-ala KFC.

Assalamualikum!
Wah..Wah..Wah..tajuk entry kali ini mengejutkanlah.
Macam blog resepi nampaknye.
Nak tau betul ke tak, teruslah membaca entry kali ini ye.

BAHAN-BAHAN:

650ml air
Kentang ( ikut suka nak berapa biji )
1/2 kiub ayam ( saya guna brand maggi )
1biji bawang besar - cincang
40gm mentega
20gm tepung gandum
1sudu besar sos tomato
1sudu besar sos tiram
1sudu kecil tepung jagung ( untuk pekatkan )
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam ( jika perlu )


[ ini bahan-bahan yg saya sediakan..tak sempat nak snap semua bahan ]
**harap maaf ye.


CARA-CARA:
  1. Masak air dengan stok ayam dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.


 [ inilah rupanye ]

2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.

3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.


4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam jika kurang masin, tapi saya tak letak garam pun sebab stok ayam dan kicap pekat dah cukup masin. Nanti masin sangat boleh darah tinggi tau uolls. hehehe.. Selepas itu,kalau rasa-rasa nak pekatkan letaklah tepung jagung.


5. Sudah siap, bolehlah uolls lenyek-lenyekkan kentang yang sudah direbus.
Dan siramkan dengan sos mashed potato yang kita buat tadi.



DAN...HASILnye..

Lepas ni tak payahlah pergi KFC lagi. Buat sendiri je dekat rumah. Senangkan..?


sELaMat MeNCuba!


nota zuha**dah try resepi ni,pls la komen di sini.tq ;)

2 comments:

INVESTOR