Thursday, February 3, 2011

Kekasih Hati.

Assalamualikum!



Kekasih Hati.
Siapa yang tak nak mempunyai kekasih?
Atau dengan kata lain Girlfriend,Boyfriend,Teman Istimewa.
Semua pasti suka kan ?

Kriteria bagi memilih kekasih hati pun ada.
Tapi akan berbeza mengikut peringkat umur kita.

Kalau dulu masa sekolah,
Korang akan suka yang popular sahaja.
Kalau perempuan mesti suka Ketua Pelajar,
Lepastu pula korang yang perempuan  ini,
Boleh pula gaduh-gaduh berebut lelaki itu.
Padahal Ketua Pelajar itu minat orang lain.
Biasalah masa itu kan tengah perasan..:P


Kalau lelaki dia pilih budak-budak cun dan cantik.
Habis yang kurang cantik,yang ada jerawat penuh kat muka,
yang biasa-biasa sahaja
kau kutuk-kutuk.
Sampai nangis-nangis budak tu.
Tapi bila budak itu dapat anugerah pelajar terbaik,
masuk surat khabar,masuk majalah
Jadi orang popular...
Kau kata :
 "menyesal aku tak ngorat sipolan dulu,walaupun muka biasa-biasa saja,tapi
pandai serba serbi"


Bila di alam kerjaya dan dewasa,
Kriteria memilih bukan hanya pada paras rupa.
Kali ini dilihat dari harta benda yang dia ada.

Propa ayat gadis sekarang :
"Lelaki rupa tak ade tak ape,yang penting poket penuh duit,senang sikit aku"
"Huh,lelaki itu naik motor je?apa class!aku tak boleh lah kena hujan dan panas"

Ewah-ewah,banyak cantik muka kau.
Kalau muka kau cun macam Angelina Jolie tak pe jugak.



Huh,itu ayat perempuan murahan,
Apa kata kau yang usaha sendiri nak ada duit banyak.
Kenapa perlu mengharapkan lelaki nak sponsor kau itu ini.?
Kesian lelaki yang kurang rupa tapi berduit itu...
Cinta dihulur ikhlas namun dibalas cinta perempuan keparat.
Kau minta hadiah,duit segalanya dari lelaki kurang rupa,
Kau mempermainkan cinta mereka,
Haish.
Dunia Oh Dunia..


Tetapi ada juga lelaki mengambil kesempatan.
Sudah tau perempuan itu jenis berdikari,Kerja bagus,Duit pun ada,
Boleh buat serba serbi,
Boleh drive kereta,bayar bil,pergi pasar,buat semua segala sendiri.
Yang korang buat apa pulak?
Duduk rumah goyang kaki main cinta di FB dan Twitter?
Oh Lelaki..
Bila dah ada jenis macam ini,
macam ini pula dibalasnya.
Mungkin kaum perempuan jangan manjakan sangat lelaki.
Jangan terlalu BAIK.
Biar lelaki ini rasa diperlukan.
Biar mereka menjalankan tanggungjawab sepatutnya.
Nafkah anak dan isteri serta isi rumah memang mereka kena bagi.
Itu memang tanggungjawab yang pasti.
Belum tentu kau lepas disini,di akhirat nanti Tuhan tuntut janji.


Oh susahnya mahu mencari pasangan,tapi ALHAMDULILLAH aku dah pun ada KEKASIH HATI, dialah yang terakhir..
i love u - u love me too


nota zuha**yang baik ambil tauladan,yang buruk jadikan sempadan


2 comments:

INVESTOR