Thursday, November 25, 2010

Sihat seperti RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)



Assalamualaikum ya sadiki.Kaifa haluka?ana bil hair..walhamdulillah.Ps2 pe lg ek?hurm.tak tau la,nak kena rujuk buku ARAB yang aku belajar la pula.Diploma belajar..Degree belajar arab jugak..bukan setakat tu je..sekolah rendah dan sekolah agama pun dh belajar..Itu jelah yang masuk kat kepala otak aku ni.HEHE.Oklah ye..tak nak la berceloteh panjang..Mungkin anda semua nak tahukan bagaimana caranya untuk sentiasa sihat seperti Rasulullah? Jom ikut resepi berikut yang zuha sediakan. Zuha pun belum mencubanya, mari kita amalkan ye selepas membaca :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan stolat fardhu secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam seperti:
- Berlimpah pahala dari Allah S.W.T
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Dapat menguatkan fikiran dan mententeramkan perasaan


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN 

Rasul selalu sentiasa berpenampilan rapi & bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat Baginda mencuci rambut2 halus di pipi (bagi kaum ADAM), selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. "Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)


TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN 

Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi umat Islam dgn adanya puasa pada bulan Ramadhan untuk seimbangkan kesihatan insyaALLAH.

GEMAR BERJALAN KAKI 

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, dan mengunjungi rumah sahabat. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar insyaALLAH..Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.  



TIDAK PEMARAH 

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali.

 Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadnya, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Beberapa tips untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 raka'at untuk meraih ketenangan dan menghilangkan rasa gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA 

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi melapangkan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta sentiasa tawakal kepada Allah S.W.T..


TAK PERNAH IRI HATI 

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, dan mental maka menjauhi sifat iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.


nota zuha**insyaAllah..sbg umat Islam yg bukan hanya pada nama, amalan Rasulullah adalah amalan yg terbaik buat kita semua bagi mempersiapkan diri untuk menempuh alam2 yg seterusnya..ingatlah bahawa iman bukanlah angan2 dan juga bukanlah perhiasan tetapi ianya adalah sesuatu yg menetap di hati dan dibenarkan dengan amal.. 

2 comments:

INVESTOR